Little Puteri ~ Pembekal Perabot Tadika, Taska & Pra Sekolah.

Klik Sini >> Perabot Tadika & Taska Terkini 2017 .

Penghantaran dibuat hanya ke Kuala Lumpur, Selangor & Sekitarnya sahaja dengan minimum order RM1,000. Klik Sini untuk maklumat lanjut.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Products of Little Puteri meets the requirements of

International Safety Standard;

1. Made from quality material

2. Using non-toxic paint

3. Not result in skin allergies

4. Latest design and safe to use

5. Durable and easy to clean

---------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, September 14

Resepi Roti Kacang Merah

Bahan-Bahan:

500 g tepung roti (high-protein flour)
100 g gula halus
5 g garam halus
20 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g yis segera
40 g shortening (lemak sayur)
250 g air ( guna 50 g air suam bancuh yis + gula 1/2 sudu kecil )
inti kacang setiap satu 20 g

Cara membuatnya :
 
1. Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh.
2. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut, anjal dan elastik, kalau guna mesin uli 10 - 15 minit dan 20 minit kalau gunakan tangan macam saya nih memamg betul2 air tangan lah katakan.
3. Tutup permukaan bekasnya doh dan biar doh naik 2 x ganda, kurang lebih 45 minit.
Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara dan uli sekejap.
4. Timbang 60 g untuk setiap bahagian (menghasilkan lebih kurang 16).
5. Isi inti kacang merah pada setiap bahagian, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap dan rehatkan hingga naik ( 30 - 45 minit. )
6. Sapu permukaan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan sebagai hiasan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit.

Sumber: IzahDaut

No comments:

Post a Comment