250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin
110ml susu segar 
1 1/2 sudu kecil yis
Bahan-Bahan Topping:
bawang besar yang didadu
sos  spagggeti kimball
daging cincang Ramly
 cendawan butang
Caranya Membuatnya:
Caranya Membuatnya:
1.  Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan  semua  bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan  Start,  tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di  bawah.
2.  Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli  hingga  tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut,  ambil  plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas   beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli  semula  dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3.  Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan  biar  doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi   mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan  bulat seperti base  pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik  sedikit, masa yang  diperlukan lebih kurang 30 minit.
5. Saya sapu mayonis dahulu  atas base pizza.Sapukan  base pizza dengan sos tomato dan sos cili,  ratakan ke seluruh doh, kemudian tuang topping yang dimasak tadi. Tabur  cheese (saya cuma da cheddar cheese)
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah  selama 16 ke 18 minit  atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan  atas redai dan simpan  di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan  hidangan minum  petang. Selamat Mencuba.
Sumber: EnjoyCooking 
 

 
No comments:
Post a Comment