- 250 gram tepung gandum
- 140 ml fresh milk
- 2 sudu besar marjerin
- 2 1/2 sudu besar gula
- 1 1/2 - 2 sudu kecil dry yeast (Biasa E-na letak 2sk, ada masa dry yeast nak abis dpt 1 lebih sikit je, tapi jadi lembut gak)
- 1/2 sudu kecil garam halus
Bahan Sampingan:
- 12 batang sosej direbus, toskan dan dipotong dua (24 batang)
- Sedikit marjerin untuk di sapu pada roti (optional)
Cara-Membuatnya:
- Masukkan semua bahan KECUALI garam ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
- Kemudian masukkan garam dan uli sehingga doh menjadi licin elastik dan tidak melekat ditangan atau selama 15 minit *E-na uli 15 minit*. (Kadang-kadang 10 minit pun dah dapat doh yang cantik)
- Buatkan sebiji bulat besar dan tutup mangkuk dengan plastik cling / wrapping atau kain lembab.
- Biarkan doh naik dan mengembang dua kali ganda lebih kurang 30 -45 minit.
- Seterusnya keluarkan udara di dalam doh dengan menumbuk doh. Bahagikan kepada 24 bahagian. Bulat-bulatkan.
- Ambil satu bahagian dan buatkan panjang kemudian lilit pada sosej. Selitkan kedua-dua hujung ke dalam dengan kemas supaya tidak terbuka semasa proses pengembangan doh. Tinggalkan sedikit ruang dihujung sosej dengan tidak berbalut dengan doh supaya bila doh mengembang doh tidak terkeluar dari sosej.
- Ulang langkah 6 sehingga selesai.
- Biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 30 minit.
- Bakar dengan suhu 180 degree sehingga masak selama 12-18 minit bergantung kepada jenis oven.
- Sapu marjerin di permukaan roti untuk mengilatkannya. Kalau tak sapu pun tak apa rasa tetap sama. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment