Little Puteri ~ Pembekal Perabot Tadika, Taska & Pra Sekolah.

Klik Sini >> Perabot Tadika & Taska Terkini 2017 .

Penghantaran dibuat hanya ke Kuala Lumpur, Selangor & Sekitarnya sahaja dengan minimum order RM1,000. Klik Sini untuk maklumat lanjut.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Products of Little Puteri meets the requirements of

International Safety Standard;

1. Made from quality material

2. Using non-toxic paint

3. Not result in skin allergies

4. Latest design and safe to use

5. Durable and easy to clean

---------------------------------------------------------------------------------------------

Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts

Wednesday, September 14

Resepi Sup Ayam Hadyai

Bahan-Bahan:

800 g ayam, dipotong sederhana besar 5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
5 – 6 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara Membuatnya:

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 – 2 minit lagi.
7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja

Sumber: PotretKasih

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :
Ayam separuh
Bawang besar seulas potong halus
Cili serbuk/cili kering/cili hidup
Bahan tumis :
¼ kilo Bawang besar
5 ulas bawang putih
Halia secukup rasa
Kasbarah secukup rasa
Kayu manis secukup rasa
Bunga cengkih scukup rasa
Cara-cara memasak.
1. Kisar halus bawang besar untuk tumis
2. Tumis lebih kurang dua minit semua bahan tumis kecuali bawang besar(tunggu naik bau)
3. Masukkan bawang besar yang sudah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masuk cili(mengikut tahap kepedasan yang diingini)
5. Tumis sebentar dan masukkan solsoh secukup rasa.
6. Tumis sehingga pekat
7. Garam gula secukup rasa.
8. Ayam goreng dan masukkan dengan sambal yang sudah siap ditumis.
Tips memasak.
1. Ikhlaskan niat kerana Allah
2. Beranikan mencuba dan sentiasa mencuba
3. Pengalaman jadikan kayu ukur untuk masak
4. Tumis pastikan lama kerana masakan melayu banyak bergantung pada tumis (ketika walimah shuhaib sambal ditumis hampir 3jam lebih kerana jumlah bawang yang banyak)
5. Bawang putih tumis sekejap je, jangan lama sangat sebab cepat hangit.
6. Kebanyakan rempah merupakan pilihan untuk tambah rasa melayu sikit, bahan asas Cuma bawang besar cili dan solsoh.
7. Jangan takut untuk menambah garam dan gula tetapi tambah dengan penuh teliti dan rasa setiap kali menambah. (sambal walimah shuhaib untuk 600 orang makan dan ditambah dengan 3 paket gula secara serentak pada pagi walimah untuk baiki rasa)
8. Semakin banya bawang semakin lama tumis. (kalau ¼ kilo biasanya setengah jam je tapi kalau 35 kilo(seperti masa walimah shuhaib lagi) lebih 3 jam dengan api paling besar.)
9. Sentiasa meminta orang lain merasa sebab kita masak untuk orang lain makan gak selalunya taste kita lain dengan orang lain.


Sumber: suatuharinanti

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam (digaul dengan garam dan kunyit)
  • 1 ulas bawang besar (dikisar halus)
  • 2 sudu cili merah (dikisar halus)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • ½ inci halia (dikisar halus)     2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap cair
  • 2 sudu air asam jawa
  • Sedikit perisa
  • Cili merah dan bawang besar sebagai hiasan

 

Cara Membuatnya:

  • Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
  • Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan.
  • Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya dan masukkan ayam yang telah digoreng.
  • Setelah naik bau, masukkan pula kicap pekat, kicap cair dan air asam jawa.
  • Masukkan garam sebagai perisa dan masukkan ayam sehingga masak.
  • Setelah masak, angkat untuk dihidangkan. Gubah cili merah dan bawang besar sebagai hiasan.

 Sumber: Resipi.Mustaffa

Resepi Ayam Masak Kari

Bahan-Bahan :

1/2 ekor ayam
300 gm santan sederhana pekat
1 peket rempah kari ayam
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu cili giling
1/2 inci halia - dikisar
2 inci kayum manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 bunga cengkih
3 sudu minyak
1 cawan air
2 sudu asam jawa
1 biji tomato
3 biji kentang
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Cuci ayam dan potong ikut saiz kegemaran.
2. Bancuhkan rempah kari bersama 1/2 cawan air.
3. Tumiskan minyak sehingga panas.
4. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang di kisar.
5. Masukkan cili giling, tumis sehinga garing tetapi jgn sampai hangus.
6. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh.. tumis sehingga kering dan garing.
7. Setelah garing, masukkan 1 cawanair, asam jawa dan ayam.
8. Tutup periuk sehingga ayam empuk.. pastikan rempah tidak hangus.
9. Masukkan santan dan kentang yang telah di potong 2
10.Masak hingga menggelegak dan masukkan buah tomato.

Sumber: resepiummumishkah

Resepi Ayam Goreng Halia

Bahan-Bahan:

  • * 3 sudu besar minyak
  • * 4 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih (cincang)
  • * 300gm dada ayam
  • * 50gm cendawan butang
  • * 1 tangkai daun bawang
  • * 1/2 capsicum merah/hijau
  • * 1 sudu besar sos ikan
  • * 1 sudu besar kicap manis
  • * 70gm halia muda
  • * sedikit lada sulah
  • * minyak untuk menggoreng

Cara-Membuatnya:

  1. panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau lepas tu, masukkan halia.
  2. masukkan isi ayam dan goreng sebentar lepas tu, masukkan kicap manis dan sos ikan dan bawang merah.
  3. kemudian masukkan cendawan butang, capsicum dan lada sulah
  4. lastly masukkan daun bawang. gaulkan sehingga masak. 
Sumber: MyResepi

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Sumber: ResepiRaidah

Saturday, July 2

Koleksi Pelbagai Resepi

Sempena bulan Ramadhan ini, Little Puteri ingin berkongsi koleksi pelbagai resepi yang menjadi kegemaran my daughter especially resepi kek, muffin, pudding, bubur, nasi & roti. Resepi diperoleh dari pelbagai sumber & telah diolah mengikut selera My Duaghter. Kebanyakan resepi telah dicuba, memang menjadi sekiranya pandai adjust mengikut selera anak tersayang ;) Bolehlah dimasak sebagai juadah berbuka. So, kepada viewers semua ‘Selamat Mencuba!’
  1. ABC Special
  2. Ais Jagung
  3. Ais Kacang Merah
  4. Cendol Pulut
  5. Ice Blended Coklat
  6. Laici Kang 


  1. Bubur Jagung
  2. Bubur Kacang Hijau
  3. Bubur Kacang Merah
  4. Bubur Lambuk
  5. Bubur Nasi
  6. Bubur Pulut Hitam


  1. Kek Cheese (Baked)
  2. Kek Cheese Bluberry
  3. Kek Cheese Oreo
  4. Kek Batik
  5. Kek Buah
  6. Kek Coklat


  1. Mee Bandung
  2. Mee Goreng
  3. Mee Hailam
  4. Mee Kari
  5. Mee Rebus
  6. Mee Sup


  1. Resepi Muffin Bluberry
  2. Resepi Muffin Cheese
  3. Resepi Muffin Coklat Chip
  4. Resepi Muffin Oren
  5. Resepi Muffin Pandan
  6. Resepi Muffin Vanilla


  1. Resepi Nasi Ayam
  2. Resepi Nasi Beriani
  3. Resepi Nasi Goreng
  4. Resepi Nasi Kukus
  5. Resepi Nasi Minyak
  6. Resepi Nasi Tomato


  1. Resepi Puding Castard Coctail
  2. Resepi Puding Karamel
  3. Resepi Puding Jelly Nata De Coco
  4. Resepi Puding Jagung
  5. Resepi Puding Roti (Baked)
  6. Resepi Puding Roti (Marble)


  1. Resepi Roti Bun
  2. Resepi Roti Kacang Merah
  3. Resepi Pau Ayam
  4. Resepi Roti Sardin
  5. Resepi Roti Sosej
  6. Resepi Roti Pizza


  1. Resepi Biskut Almond London
  2. Resepi Biskut Ais Krim
  3. Resepi Biskut Coklat Chip
  4. Resepi Biskut Cornflakes Madu
  5. Resepi Biskut Kacang Mazolla
  6. Resepi Biskut Tart Nenas


  1. Resepi Kuih Gula Melaka
  2. Resepi Karipap Sardin
  3. Resepi Kuih Lapis
  4. Resepi Popia Goreng
  5. Resepi Kuih Seri Muka
  6. Resepi Kuih Tepung Talam


  1. Resepi Ayam Goreng Berempah
  2. Resepi Ayam Goreng Halia
  3. Resepi Ayam Masak Kari
  4. Resepi Ayam Masak Kicap
  5. Resepi Ayam Masak Merah
  6. Resepi Sup Ayam


  1. Daging Goreng Kicap
  2. Daging Goreng Kunyit
  3. Daging Masak Hitam
  4. Daging Panggang / Bakar
  5. Daging Rendang
  6. Kari Daging


  1. Ikan Bawal Masak Tomato
  2. Ikan Jaket Sumbat Cili
  3. Ikan Kembung Singgang
  4. Ikan Pari Asam Pedas
  5. Ikan Siakap Kukus
  6. Ikan Siakap Tiga Rasa


  1. Ketam Masak Lemak
  2. Lala Goreng Bercili
  3. Padprik Seafood
  4. Sotong Masak Hitam
  5. Tomyam Seafood
  6. Udang Masak Sambal


  1. Baked Meatball
  2. Chicken Chop
  3. Chicken Lasagna
  4. Lamb Grill Black Pepper
  5. Macaroni Cheese
  6. Spaghetti Bolognese